Monday 11 April 2016

#GGTakesPenang Day 1

Lagi cerita basi haha.

Masa cuti sem yang lepas (dah lama kan haha), Zati dari kelab gamelan ajak aku join trip depa pi Penang sebab katanya tak cukup orang. Mula-mula macam "eh segan laa. alaa dah laa kelab lain, tetiba nak join kelab lain punya trip pulak". Tapi Zati kata lek je sebab ada jugak ahli kelab lain yang join trip ni. Memandangkan aku pun tak beli lagi tiket bas nak balik rumah masa tu, aku pun join laa trip ni. Alang-alang lepas berjalan, boleh terus balik rumah hihi.

Fyi, #GGTakesPenang ni stands for Gema Gojes/Gema Gangsa takes penang. Gema Gangsa ataupun nama glemer Gema Gojes ni merujuk kepada kelab gamelan uia.

Kami bertolak ke penang sehari lepas last day final exam. Tak ingat laa pulak tarikh dia berapa haribulan. Kami semua kena berkumpul kat tangga besar pagi tu.




Off we go to penang~~

Sepanjang perjalanan tu, aku tidur tak sedar diri. Haha almaklumlah, malam sebelum bertolak tu, aku sibuk tengok  movie sampai pukul 3-4 pagi. Bukak mata tengok-tengok dah sampai kat RnR.

Tudung senget-benget sebab baru bangun dari tidur. Masa ni berhenti kat RnR mana pun aku tak sedar haha.

Lepas berhenti makan, pi toilet apa semua, kami pun teruskan perjalanan.


Sebab boring sangat agaknya, depa ni pun main laa UNO dalam bas. Aku macam biasa, naik bas terus sambung tidur. What a life lol.

Sebelum lintas jambatan, kami berhenti sat nak kutip hafiz mahmud dengan ayep. Depa ni dua-dua orang penang, depa balik dulu rumah lepas habis paper.


Hello Penang~~~


Permainan UNO masih lagi diteruskan


Our first destination: War Museum

Plan asal sebenarnya nak pi homestay dulu tapi memandangkan War Museum ni lagi dekat, kami pun singgah laa sini dulu. War museum ni terletak di Batu Maung. Dulu, tapak war museum ni dibina oleh tentera British sebagai kubu pertahanan mnentang Jepun. Tapi, entah macam mana, tentera jepun dapat take over kubu ni, last-last depa buat tempat ni jadi kubu depa. Kalau nak tau cerita dia lagi, boleh laa try google 'WAR MUSEUM PENANG'. Yang aku cerita dalam ni takdaklaa banyak sangat.


Madam ni tengah bagi explanation pasal tempat ni.

Pamplet yang setiap tourist akan dapat bila datang sini. Dalam pamplet ni ada sejarah war museum serba sikit, dengan peta kawasan.

Kaunter pendaftaran




















Mengikut cerita pakcik yang bawak kami tour kat tempat ni, dulu tentera jepun akan sumbat 2 orang tawanan dalam petak ni lepastu kurung tawanan tu. Last-last tawanan tu akan mati sebab tak cukup oksigen. Hmm kejam kan.

Ni pulak terowong kalau tak silap, panjang dia dalam 20 meter. Kalau kubu ni kena bom/serang, askar-askar British akan duduk dalam terowong ni untuk selamatkan diri. Terowong ni boleh muat dalam 200 orang cemtu. Gelap yang amat terowong ni.


Terowong ni pulak kedalaman dia sepanjang bangunan 4 tingkat. Emm plus minus dalam 100 meter kot. Terowong ni kami boleh tengok dari atas ja, takleh masuk.


Ni pulak terowong untuk keluar dari bawah tanah kot. Dapat laa merasa nak merangkak dalam ni. Mula-mula kita kena merangkak, lepastu kena panjat tangga (90 degrees) untuk keluar dari bawah tanah ni.

Agaknya ni dulu-dulu library kot. Kot laa.


Jakun sat ada piano kat sini. Agaknya askar-askar pun nak berlibur kot hmm


Boleh pulak ada hammock kat sini

Ni bilik bawah tanah. Dalam ni ada bilik mesyuarat ke apabenda entah tak ingat. Tapi apa yang ingat, pakcik tu cakap bilik ni kalis radar. Maksudnya kalau askar jepun mai dengan jet-jet depa lepastu search tempat ni dengan radar, tempat ni takkan visible kat radar depa. Line phone pun takdak kat dalam ni.



Tempat pemenggalan kepala.










 Macam scene dalam cerita hantu pulak hahahaha

Pakcik yang jadi tour guide kami dalam ni. Lagi sorang pakcik yang jadi tourguide tu yang dekat signboard tu.


The end of our journey dekat War Museum. Masa untuk ke homestay.


Views en route to homestay.

Perempuan dan cermin berpisah tiada.

Lepas dah solat asar, mandi-mandi, refresh diri apa semua tu, kami pun keluar laa untuk dinner. Atas suggestion Fakhrul, kami pun pi laa makan kat tepi pantai. Emm tak ingat sangat nama tempat dia, tapi kat seagate kot.


Kedai makan ni memang betul-betul tepi laut.







Kemain eksaited semua orang bila sampai bab makanan. Apa yang best dekat sini? Hmm kerang bakar dia sedap. Yang lain, hmm boleh tahan sedap laa. (of course masakan mak kat rumah tu paling sedap hehe). Aku, Deeda, Yati, Farisya, dengan Aida decide nak ambik family set. Dalam set tu, ada ikan, sayur, nasi, tomyam dengan air. Kita yang pilih nak lauk apa. Kami pilih ikan kerapu masak stim, tomyam campur, sayur kailan dengan ikan masin. Harga pun taklah mahal sangat, kalau tak silap bawah Rm80 untuk 5-6 pax.

Lepas makan, kami pun berjalan-jalan kat Queensbay Mall. Kami diberi masa sejam untuk pusing-pusing dalam mall ni. Maka bergelimpangan laa kami semua dalam tu. Aku tak beli apa sangat pun, setakat beli McFlurry pastu window shopping.



Agaknya pihak mall tengah hias-hias sempena Tahun Baru Cina kot sebabtu ada hiasan/pameran segala bagai camni kat situ.

Lepas cukup sejam, kami semua berkumpul dekat bas dan balik ke homestay. Surprisingly, sepanjang perjalanan balik ke homestay tu asyik tidur. Lol.

Maka, berakhirlah #GGTakesPenang Day 1. Sabaq sat, #GGTakesPenang Day 2 & Final Day bakal menyusul hehe.



#GGtakespenang series




No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...